Ahad, 6 Disember 2020

order lain dapat lain.

Assalamualaikum and salam sejahtera untuk semua my follower. Rasanya dah lama aku xupdate blog. Tapi hari ni rasa macam rajin pula nak update blog ni. *cliche punya ayat*.

Just nak share la hari tu aku ada order baju tidur dalam shopee tapi tu la, aku tak puas hati sebab aku order baju tidur corak lain tapi sampai kat aku corak lain. Mula² tu memang tak puas hati tapi bila fikir² balik, it's ok la. Yang penting size sesuai dengan aku.

Nasib la dapat yang ada gambar rabbit, kalau dapat yang gambar babi tak ke naye aku dibuatnya. Aduhai. 😌😌

Ni hahh baju yang aku beli. Cute kan. Huhuhu. Aku bersangka je la, mgkin out of stock. Thts why diorg hantar baju corak lain kat aku. Anyway, tq sebab sudi baca post ni. Bye. 😁😁

Isnin, 29 Jun 2020

What i do today

Assalamualaikum guys. Moga sihat selalu. Lama giler aku tak update blog. Ok. Aku malas sikit nak update blog sebab aku sendiri tak tahu taip pasal apa. Tapi hari ni rasa rajin pula nak menaip.

Pagi tadi aku awal juga aku bangun around 5.45 a.m rasanya, lupa pula sebab aku bangun tak tengok jam pun. Ehh, tengok tapi lupa pukul berapa. Bangun awal sebab nak temankan nenek aku pergi appoinment dengan doctor pakar mata. Mata nenek aku ada problem, selapuk mata and bengkak2 dalam mata. Macam tu la rasanya. 

Nak kata menunggu tu tak la. Sebab time tu tak ramai orang pun. Tapi tu la, nak tertidur time tunggu nenek aku tadi. Mak aku pun pergi juga,dia la yang iringi nenek aku ke dalam bilik sebab hanya sorang yang dibenarkan untuk teman masuk. Lebih2 tak boleh, nanti ke tendang, 😅😅 gurau je.


Lepas je kitaorang selesai, kena ambil ubat pula. Lama juga menunggu kat situ. Hari ini memang ramai orang di klinik pakar. Macam² gelagat orang kat klinik tadi. 🤷🏻‍♀️💁🏻‍♀️..