Isnin, 11 November 2013

orang yg paling kedekut



Assalam, siapa pernah baca buku Apo?..bnda ni aku dapat dari majalah tu la. About orang yang paling kedekut...wanna to know about this?

Hetty Green ialah orangnya malahan  dia adalah sebenarnya seorang yang sangat kaya malah pada satu ketika pernah tercatat sebagai wanita paling kaya di dunia, itupun dikatakan disebabkan dia tidak pernah menggunakan walau sedikit pun duit yang dia ada.

Apa menarik perhatiannya hanyalah urusan perniagaan dan cerita tentang sifat kedekutnya itu telah disampaikan dalam pelbagai variasi. Kononnya dia tidak pernah memasang alat pemanas mahupun menggunakan air panas. Dia hanya memakai baju hitam yang lama dan hanya akan menggantikannya apabila ianya benar-benar telah buruk.

Dia tidak pernah membasuh tangannya malahan menaiki pengangkutan kereta yang lama. Apa yang dimakannya hanyalah pai-pai yang berharga 15sen. Malah dalam satu kejadian, diceritakan dia telah menghabiskan selama satu malam untuk mencari setemnya yang bernilai 2 sen yang telah hilang.

Yang lebih teruk lagi ialah anak lelakinya, Ned telah patah kaki dan akhirnya kaki itu terpaksa dipotong kerana kelewatan Hetty mendapatkan rawatan untuk anaknya kerana dia bertegas mencari rawatan secara percuma ketika itu.

p/s : ish3..janglah kedekut sangat..berpada-padalah ye..ngeh2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan