Jumaat, 27 September 2013

cinta dalam hati ♡♡


Assalamualaikum..♡♡

siapa tak takut pada sepi. sedang Nabi Adam yang sudah dijodohkan dengan Hawa itu pun rasa sepi bila terpisah jarak dan waktu. inikan pula kita yang belum bertemu siapa-siapa.

tapi sepi bukan alasan untuk menggatal (maaf) dan segera mencari kekasih dengan alasan nak merasa feel bercinta. ketika Adam terpisah dengan Hawa, sepanjang terpisah itu mereka berdoa memohon keampuanan. sekian lama baru dipertemukan.

kita juga seharusnya begitu. ketika belum sampai jodoh inilah masa untuk memperbaiki diri. banyakkan amalan. timba ilmu. inshaAllah cinta akan menyapa bila Tuhan tentukan kita telah bersedia. kerana cinta itu datang ketentuan, bukan dengan permintaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan